Khamis, 19 Julai 2012

Dr. Troller : Mahathir Tunjuk Tanda Alzheimer


Sinar Harian dengan berbesar hati buat bancian online tentang si mahazalim ni..boleh rujuk disini : http://www.sinarharian.com.my/


apa yang rakyat jawab??


antara tanda penyakit alzheimer ialah mudah lupa.. tapi rakyat tidak akan lupa kezaliman Mahathir


Semasa pemerintahan beliaulah :-

1) Orang kampung yang tidak berdosa di Memali dibunuh dengan kejam.

2) Raja-raja Melayu di'telanjang'kan beliau dan kuncu-kuncunya sehingga kuasa Raja dikurangkan

3) Penyiksaan kepada negeri Kelantan menjadi amalannya apabila geran perkapita pusat kepada Kelantan dilengah-lengahkan

4) ISA digunakan sewenang-wenangnya kepada musuh politik BN

5) Anak-anak beliau menjadi kaya raya sehingga menjadi Pengerusi kepada ratusan syarikat

6) Umno diharamkan demi untuk menyelamatkan Dr Mahathir

7) Anwar difitnah dengan begitu jijik

sumber : http://mutaligat.blogspot.com/2009/04/apakah-melayu-akan-lupa-kezaliman.html


Senarai mangsa kezaliman Mahathir Mohamad


1) Ahli kumpulan Al-Maunah yang hadir diSauk selain beberapa kerat pemimpin mereka.

2) Sdr Jaffar Puteh
Allahyarham Sdr Jaffar Puteh adalah ahli Al-Maunah yang meragukan. Beliau didakwa pencari durian yang kemudianya ditukar menjadi tukang masak kumpulan Al-Maunah.

3) Tok Guru Abdul Rahman Bedo dan 3 lagi Pemimpin Pejuang Patani yang diserahkan kepada Siam pada Ramadhan 1998.

3) Para Pejuang Aceh

4) Munawar Anees, Sukma dan Mior..
Munawar Anees seorang intelek dunia dan doktor kehormat telah dihina dan diaib hanya sekadar menjadi rakan baik Datuk Seri Anwar Ibrahim.

5) Dr Azahari
Dr Azahari seorang doktor berani yang telah memberi penyaksian bahawa Sukma tidak pernah diliwat telah dipindah dari Hospital Besar Kuala Lumpur selepas sahaja kesaksian tersebut.

6) Sdr Lim Guan Eng
Hanya sekadar berkata benar didalam menuntut keadilan terhadap seorang gadis Melayu dan neneknya.

7) Datuk Seri Anwar Ibrahim
Satu-satunya Pemimpin Negara yang berani bangun menentang kezaliman Mahathir Mohamad.

8) Rakyat Malaysia - generasi sekarang
Disepak terajang bercucuran darah dibelasah oleh FRU dan SB suruhan Mahathir hanya sekadar bangun menuntut keadilan seperti dituntut oleh ugama.

9) Rakyat Malaysia - generasi sekarang
Memandang dengan putih mata hasil mahsul negara dipunggah oleh Mahathir kepada anak pinak kuncu dan kroninya.

10) Rakyat Malaysia - generasi akan datang
Menanggung hutang dan pincang kerakusan perbelanjaan kerajaan Mahathir Mohamad sekarang. Antara lain projek Bakun yang jelas lebih menguntungkan kroni dari menguntungkan Negara akan dihidupkan semula oleh Mahathir Mohamad.

11) Zainur Zakaria
Menghadapi tuduhan 'contempt of court' yang boleh menamatkan kerjaya guaman beliau hanya sekadar berani berkata benar

12) Azmin Ali
Menghadapi tuduhan 'perjury' dan risiko penjara hanya sekadar berani berkata benar.

13) Dato' Murad dan yang sewaktu dengannya
Hilang maruah diri dan kejantanan kerana dipaksa akur mengikut skrip Mahathir Mohamad. Semua orang tahu Dato' Murad berperawakan ramah dan sangat baik budipekertinya.

14) Umat negeri Terengganu & Kelantan
Kehilangan hasil mahsul royalti minyak kerana memilih Islam dan akibat politik jijik Mahathir Mohamad.

15) Mahfuz Omar dan rakan -rakannya
Dihukum dan dipenjara hanya sekadar menunaikan tuntutan ugama menentang segala bentuk kerjasama dengan kaum Yahudi.

16) Pejuang Reformasi - dilebuhraya Kesas
Kita telah baca dan ketahui kezaliman polis Mahathir terhadap mereka. Ada yang hampir hilang penglihatan.

17) Para Ulama
Menanggung sedih dan pilu dihati diherdik Mahathir Mohamad hanya sekadar menjalankan tuntutan Ilahi.

18) Pejuang Keadilan diLunas
Salah satu cara BN menipu dipilihanraya ialah dengan undi hantu. Mengambil tindakan manghalang kedatangan mereka pejuang-pejuang keadilan diLunas menghadapi dakwaan dan penjara.

sumber : http://reformiz.tripod.com/260101.htm

Tiada ulasan: