Khamis, 19 Julai 2012

PTPTipu dan Kolej Swasta Kroni Ameno





Biasiswa bukti kerajaan beri pendidikan percuma -meloya


Oleh SHARAIMEI SHAIK AHMEDULLAH

PUTRAJAYA 18 Julai - Penyediaan pelbagai jenis biasiswa kepada pelajar yang memerlukan membuktikan kerajaan sememangnya telah melaksanakan pendidikan percuma.

Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, pemberian biasiswa kepada golongan orang kurang upaya (OKU), atlet serta pelajar cemerlang membuktikan usaha kerajaan itu.

Selain itu, katanya, pertukaran status daripada pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) kepada biasiswa bagi pemegang ijazah kelas pertama menunjukkan kerajaan mengiktiraf kecemerlangan mereka.

"Kita ada program biasiswa MyBrainSc, atlet dan kepada golongan OKU sama ada belajar secara sepenuh masa atau tidak di institusi pengajian tinggi awam mahu pun swasta serta dana yang ditubuhkan oleh mana-mana badan atau universiti.

Sumber : http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2012&dt=0719&pub=Utusan_Malaysia&sec=Dalam_Negeri&pg=dn_03.htm








Kolej Swasta Kroni Ameno bukti Kerajaan Ameno pau Rakyat

ISKETAMBATU 18 Julai - Penyediaan pelbagai jenis kolej swasta kepada pelajar yang memerlukan   membuktikan kerajaan ameno sememangnya telah pau rakyat melalui pendidikan.

Menteri Pengajian Tinggi Isketambola, Mohamed Khaldai Noty berkata, pemberian PTPTipu kepada golongan orang miskin, anak petani dan nelayan membuktikan usaha kerajaan itu.

Selain itu, katanya, kroni-kroni ameno yang kaya diberi peluang membuka kolej swasta yang kualiti pendidikan dan kemudahan macam taik menunjukkan kerajaan mengiktiraf kecemerlangan mereka dalam pau duit rakyat.

"Kita ada program PTPTipu untuk mahasiswa sama ada belajar secara sepenuh masa atau tidak di institusi pengajian tinggi awam mahu pun swasta serta dana dari kelab Umno mahasiswa untuk memperbodohkan mahasiswa.

Troller : Kenapa tidak boleh hapus PTPTN dan tubuh lebih banyak IPTA??

pak Jib : mau bikin duit maaa! hahaha

Tiada ulasan: